Sekumpulan krew dari saluran Youtube Geng Tayar Besar melakukan ekspidisi mereka ke EU Motor, satu pusat pengedar motosikal yang terletak di Port Dickson.
Menurut salah seorang krew, pusat pengedar motosikal ini difahamkan ada menyimpan beberapa ‘barang baik’ iaitu beberapa buah motosikal yang tidak lagi dihasilkan pada masa kini.
Berbeza dengan kisah Yamaha RX-Z restore yang bernilai RM70,000, pusat pengedar motosikal ini menyimpan sebuah Yamaha RX-Z Catalyzer yang masih belum didaftarkan atas nama pemilik.
Disimpan sejak tahun 2005, motosikal ini masih dilengkapi dengan kesemua komponen asal dari kilang keluaran dan merupakan model tahun terakhir RX-Z Catalyzer.
Menurut pemilik, Yamaha RX-Z Catalyzer ini juga pernah ditawarkan oleh seseorang individu untuk ditukar dengan sebidang tanah, namun permintaan tersebut ditolak atas faktor minatnya untuk menyimpan motosikal.
Bercakap mengenai minat menyimpan motosikal, pemilik kedai ini rupa-rupanya ada menyimpan sebuah Yamaha 135 LC GP Edition keluaran tahun 2013.
Selain itu, terdapat juga enam unit Yamaha 125ZR yang masih belum didaftarkan di atas mana-mana nama pemilik. Empat daripadanya ialah Movistar Edition dan dua lagi unit bewarna kuning dan merah.
Koleksi motosikal paling banyak ialah 14 unit Honda EX-5 100cc yang juga belum didaftarkan di atas mana-mana pemilik. Motosikal ini pada masa kini dijual sekitar RM8,000-RM9,000 kerana tidak lagi dihasilkan oleh Honda.
EU Motor juga ada menyimpan tiga unit Kawasaki Rr Special Edition yang mempunyai satu tempat duduk sahaja.
Walaupun kelihatan berhabuk, kesemua motosikal yang disimpan ini sudah tentu mempunya nilai yang sangat tinggi, kerana ia akan menjadi sesuatu yang rare kerana tidak lagi dihasilkan oleh syarikat pengeluar untuk pasaran.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar