Kejadian yang sangat pelik berlaku pada pagi 14 September di Seremban, Negeri Sembilan.
Kira-kira pukul 5 pagi pada hari yang sama, seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah tertidur ketika sedang memandu. Oleh sebab itu, kereta jenis Audi yang dipandunya jatuh ke dalam sungai berdekatan.
Apa yang pelik, setelah kejadian itu dia tidak membuat laporan polis, malah memilih pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan berdekatan untuk tidur.
Pada jam 7.50 pagi, seorang pekerja di sebuah restoran berdekatan diberitahu tentang kejadian ini oleh salah seorang pelanggan wanita. Dia kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat.
Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba gagal untuk menemui pemandu kereta tersebut.