Porsche Taycan tiba di Malaysia! Elektrik sepenuhnya, 0-100 dalam 2.8 saat, dari RM725k

2465

Ini mungkin pelancaran paling bermakna untuk Sime Darby Auto Performance (SDAP), iaitu Porsche Taycan yang kini telah tiba di Malaysia secara rasmi.

Merupakan kenderaan elektrik (EV) produksi sepenuhnya yang pertama dari Porsche, Taycan ditawarkan dalam tiga varian di Malaysia:



Taycan Turbo S: RM1,195,000
Taycan Turbo: RM999,000
Taycan 4S: RM725,000

Porsche Taycan adalah versi realiti untuk prototaip Mission-E yang mula dipertonton pada 2015. Elemen rekaan unik padanya adalah lampu depan LED Matrix quad, gril minimal dan rekaan belakang yang mengambil lengkuk dari 911 terkini. Terdapat juga beberapa elemen rekaan dari 918.

Di dalam, Porsche Taycan menampilkan rekaan penuh dengan skrin moden dan tiada langsung penggunaan bahan kulit (pertama kali untuk Porsche). Paling impresif adalah skrin melengkung bersaiz 16.9-inci di depan stereng dan skrin 10.9-inci di tengah.

Apa di dalam hud Porsche Taycan ini? Jangan biarkan nama Turbo dan Turbo S mempermainkan anda, kerana ini kenderaan elektrik sepenuhnya.

Dari segi prestasi, Taycan Turbo S menjana 761hp (560kW) dengan Launch Control, dan 1,050Nm tork. Ia memberikan Taycan Turbo S pecutan 0-100 dalam 2.8 saat sahaja. Jarak pemanduan ialah sehingga 412km.

Sementara itu, Taycan Turbo menghasilkan 680hp (500kW) dan 850Nm tork, mampu memecut 0 ke 100km/j dalam 3.2 saat. Jarak pemanduannya ialah sehingga 450km.

Kelajuan maksima kedua-dua Taycan Turbo S dan Taycan Turbo adalah 260km/j.

Untuk Taycan 4S pula, ia tetap berkuasa dengan 571hp (390kW), dan mampu memecut ke 100km/j dalam 4.0 saat. Dengan kuasa yang lebih rendah, Taycan 4S mampu dipandu sejauh 407km hingga 463km bergantung kepada jenis bateri.

Taycan 4S mempunyai kelajuan maksima 250km/j.

Kuasa ini disalurkan ke permukaan jalan melalui transmisi unik 2-kelajuan. Ya, 2 kelajuan sahaja! Kelajuan pertama dikhaskan untuk pecutan manakala kelajuan kedua untuk penjimatan tenaga dan meluncur di kelajuan tinggi.

Pemandu Taycan boleh memilih empat mod pemanduan iaitu Range, Normal, Sport dan Sport Plus. Mod Range memfokus kepada kecekapan dimana bila dipilih, ia mengehadkan kelajuan antara 90 hingga 140km/j.

Sistem pacuan semua-roda juga akan di-setup untuk menjadi paling cekap. Bergantung kepada situasi juga, Taycan boleh dipacu menggunakan gandar hadapan sahaja jika perlu.

Di bahagian casis, Porsche Taycan dilengkapi sistem casis berintegrasi, menggabungkan Porsche 4D Chassis Control, suspensi udara dengan teknologi three-chamber, Porsche Active Suspension Management (PASM) dan Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport).

Porsche Taycan juga merupakan kenderaan produksi pertama dengan sistem 800 volt, lebih tinggi berbanding 400 volt pada EV lain. Ini membolehkan bateri Taycan dicaj untuk mencapai jarak pemanduan 400km dalam hanya 36minit sahaja.

Masa mengecaj untuk ke tahap 80 peratus dicapai dalam 22.5 minit (dalam keadaan ideal) dan kuasa mengecaj maksimum ialah 270kW. Kapasiti Performanc Battery Plus ialah 93.4 kWh.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here