Seorang wanita tercampak keluar dari keretanya yang sedang bergerak ketika membuat video Snapchat.
Dalam kejadian di lebuh raya di Surrey di Kent, England, wanita berkenaan difahamkan bersandar pada tingkap kereta untuk membuat video tersebut.
Mangsa yang merupakan penumpang di tempat duduk hadapan mengakhiri live yang dibuatnya di lorong lebuhraya pada pukul 1.30 pagi Sabtu, 19 September.
Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
The front seat passenger was hanging out the car whilst filming a SnapChat video along the #M25. She then fell out the car and into a live lane.
It is only by luck she wasn’t seriously injured or killed.#nowords
2846 pic.twitter.com/b7f1tPJTEb— Roads Policing Unit (RPU) – Surrey Police – UK (@SurreyRoadCops) September 19, 2020
Unit trafik polis Surrey menerusi akaun Twitter berkata: “Penumpang tempat duduk hadapan tercampak keluar ketika membuat video Snapchat di lebuhraya M25.
“Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah atau terbunuh.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar