Pertama di Asia Tenggara: Mercedes GLB serba baharu dilancar, dari RM270k

2318

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah secara rasminya melancarkan GLB serba baharu, dan ketibaan ini juga ialah yang pertama di Asia Tenggara.

Mercedes GLB generasi X247 ini ditawarkan dalam tiga varian, iaitu AMG GLB35 4Matic, GLB250 4Matic AMG Line, dan GLB200 Progressive Line.



Mercedes-AMG GLB35 4Matic
Harga: RM363,136.52
Enjin: 2.0-liter 4-silinder turbo petrol
Kuasa: 306hp
Tork: 400Nm
Transmisi: Automatik dwi-klac 8-kelajuan
Sistem pacuan: Pacuan semua-roda 4Matic
0-100km/j: 5.2 saat
Kelajuan maksima: 250km/j

Mercedes-AMG GLB250 4Matic AMG Line
Harga: RM318,009.26
Enjin: 2.0-liter 4-silinder turbo
Kuasa: 224hp
Tork: 350Nm
Transmisi: Automatik dwi-klac 8-kelajuan
sistem pacuan: Pacuan semua-roda 4Matic
0-100km/j: 6.9 saat
Kelajuan maksima: 236km/j

Mercedes-AMG GLB200 Progressive Line
Harga: RM269,118.15
Enjin: 1.33-liter 4-silinder turbo
Kuasa: 163hp
Tork: 250Nm
Transmisi: Automatik dwi-klac 7-kelajuan
Sistem pacuan: Pacuan roda depan
0-100km/j: 9.1 saat
Kelajuan maksima: 207km/j

Rupa Mercedes GLB menampilkan gaya rugged sebuah SUV sambil membawakan ciri-ciri moden. Setiap varian mempunyai rekabentuk gril depan berbeza, dan lampu depan LED.

Di tepi, anda dapat lihat GLB mempunyai panel pemijak di bawah pintu, dan permukaan badan rugged dengan garisan tepi yang dinaikkan di tiang-C.

Ruang dalam merupakan antara kelebihan Mercedes GLB serba baharu ini. Dengan panjang 2,829mm, ia lebih panjang dari B-Class.

GLB juga merupakan SUV kompak pertama dari Mercedes yang memberikan anda pilihan untuk menambah tempat duduk barisan ketiga jika anda mahu, menjadikan kenderaan ini 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk.

Ruang kargonya ialah 570 liter dan boleh ditambah menjadi 1,805 liter jika tempat duduk barisan kedua dan ketiga dilipat.

Seperti model-model terkini Mercedes, GLB juga menampilkan skrin lebar di depan pemandu yang bersambung dengan skrin sistem infotainmen di tengah. Widescreen Cockpit ini turut dilengkapi Mercedes-Benz User Experience (MBUX), sambungan USB Type-C dan Bluetooth.

Dari segi keselamatan, Mercedes GLB mendapat Active Braking Assist serta Active Parking Assist dengan Parktronic. Sistem ini membolehkan kenderaan ini mengawal stereng secara automatik untuk memasuki parkir.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Mercedes-AMG GLB35 4Matic

Mercedes GLB250 4Matic AMG Line

Mercedes GLB200 Progressive Line

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here