Model konsep Myvi GT ini ditayangkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) tampak lebih sporty dan bergaya.
Pemilik Myvi boleh jadikan ini sebagai idea untuk ubah suai kereta anda untuk jadikan jentera anda lebih tampak agresif dan menarik.
Model ini dilengkapi dengan bampar hadapan yang lebih agresif serta ia dihiasi dengan garisan mewah pada jeriji dan perumah lampu.
Selain itu, ia lebih kelihatan menyerlah dengan adanya jalur lampu LED dan yang paling menarik Myvi ini dilengkapi dengan bumbung matahari.
Rodanya yang bersaiz 17 inci menjadikan jentera ini lebih bergaya dan ia turut dilengkapi dengan brek Brembo Merah di ruang dalamannya.
Ia juga hadir dengan kerusi bucket yang dibaluti kulit Alcantara yang diceriakan lagi dengan kemasan warna merah.
Manakala tempat duduk bahagian belakang pula diubah suai dan kini hanya memuatkan dua orang penumpang sahaja. Ini kerana bahagian tengah menjadi tempat menyimpan barang.
Bahagian belakang Myvi GT ini juga lebih menarik dengan kehadiran bampar yang agresif. Ia turut disertakan ekzos berkembar pada bahagian tepi kiri dan kanan.
Kredit: Drebar.my