JPJ Kelantan: Bidaan nombor pendaftaran siri DDV kutip RM1.98 juta

2198

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip sebanyak RM1.98 juta untuk bidaan nombor pendaftaran DDV yang dibuka selama seminggu bermula 17 September lalu.

JPJ DDV

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, setakat ini, siri DDV itu mencatatkan kutipan terbesar bidaan berbanding siri lain.



Menurutnya, nombor pendaftaran DDV 1 mendapat bidaan tertinggi sebanyak RM250,000 melibatkan 11 pembida dan merupakan harga bidaan JPJeBID tertinggi bagi seluruh negara untuk tahun 2020 setakat ini.

“Pada tahun 2019 rekod tertinggi bidaan adalah nombor ALL 1 iaitu sebanyak RM278,000 semenjak sistem JPJeBID diperkenalkan.

“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di Pejabat JPJ negeri ata1u cawangan,” katanya.

Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBID diperkenalkan, iaitu bermula dengan siri DDP hingga DDU, jumlah kutipan hasil JPJ Kelantan adalah sebanyak RM8.46 juta.

Beliau turut memberitahu, baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka untuk dibeli oleh orang awam mengikut harga minima seperti:

  1. Nombor Bernilai Utama RM20,000
  2. Nombor Menarik bernilai antara RM2,000 hingga RM3,000
  3. Nombor Popular RM500 
  4. Nombor Semasa RM300.

Orang awam yang berminat untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran ini, boleh berurusan di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan, selain disarankan untuk memiliki ID mySIKAP awam jika mahu berurusan secara atas talian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here