Aktiviti konvoi beramai-ramai bukanlah satu kesalahan selagi tidak mengganggu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Tetapi 10 kereta jenis Porsche ini terpaksa ditahan dan disaman oleh polis kerana dianggap berbahaya.
Kejadian ini berlaku di Colorado, Amerika Syarikat dimana kesemua 10 Porsche ini difahamkan dipandu melebihi had laju.
Kesemua pemandu Porsche ini akur dengan kesalahan mereka dan memberi kerjasama ketika diarahkan untuk berhenti oleh pihak polis.
Pro tip-if you and your 9 buddies get caught at 80+ in a 40 zone, all of you get tickets. And because it takes a LONG time to write 10 tickets, your dinner plans get messed up. Better, we think, than injuring or killing someone because of your selfish behavior. Please slow down. pic.twitter.com/h1rN7bTtGN
— CSP Gaming (@CSP_Gaming) September 25, 2020
Menurut posting dari laman Twitter rasmi Colorado State Police, kesemua pemilik Porsche ini disaman kerana difahamkan memandu pada kelajuan kira-kira 80 batu sejam (129km/j) sedangkan had laju pada jalan tersebut hanya 40 batu sejam (64km/j).
Kejadian 10 Porsche yang disaman ini juga digunakan oleh pihak polis sebagai peringatan untuk orang ramai, supaya mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.
Proof’s in the pudding-here’s the stack of tickets. Note the numbering in the upper left corner. No staging here! pic.twitter.com/xcSl3GEXyO
— CSP Gaming (@CSP_Gaming) September 25, 2020
Menurut undang-undang di Colorado, sesiapa yang memandu melebihi had laju 64km/j akan disaman dan diperintahkan ke mahkamah, dimana denda seterusnya akan ditentukan oleh hakim.
Bernasib baik, salah seorang dari pemandu Porsche ini merupakan seorang hakim, dan nampaknya dia akan menguruskan hal ini untuk semua orang yang terlibat.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar