Kawasaki Ninja ZX-6R di lancarkan

1238

Jentera yang menggunakan enjin 636cc melepasi emisi piawaian Euro 4. Selain itu, Ninja ZX-6R dengan gear baharu menyalurkan tindak balas lebih baik pada ‘low-end’ dan penukaran gear yang cepat. Hebat nampaknya model ini.

ZX-6R ciri keselamatannya tersedia Sistem Anti-Kunci Brek Pintar Kawasaki (KIBS), selain padanan cakera brek 310mm di hadapan dan belakang bersaiz 220mm.



 

Terdapat Kawalan Cengkaman Kawasaki (KTRC) dengan tiga mod.Lampu depan teknologi LED sementara  rekaan lampu belakang mengikut model Ninja ZX-10R.

Model yang lengkap dengan takometer digital, lampu amaran dan penunjuk posisi gear serta skrin LCD pelbagai-fungsi.

Suspensinya boleh diubah dengan lima laras bertujuan keselesaan dan penyesuaian posisi tempat duduk bagi penunggang.

Kawasaki Ninja ZX-6R harga yang ditawarkan  RM79,900, dijangka berada di pasaran hujung Februari atau awal Mac tahun hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here