Satu set tempat duduk Chevrolet Corvette 1953 berharga RM374.3k!

1661

Suatu ketika dahulu, terdapat satu set rim Bugatti Veyron lengkap dengan tayar yang berjaya dijual pada harga USD100,000 (RM416k). Ramai yang berpendapat bahawa harga tersebut sangat mahal untuk satu set rim.

Chevrolet Corvette

Namun, baru-baru ini ada satu komponen kenderaan yang sedia untuk dijual dengan harga lebih lebih kurang sama dengan rim Bugatti Veyron tersebut.



Ianya ialah satu set tempat duduk Chevrolet Corvette, yang dipamerkan di pameran Motorama anjuran General Motors di hotel Waldorf-Astoria, New York pada tahun 1953.

Chevrolet Corvette

Jadi, ia merupakan satu set tempat duduk untuk Corvette generasi pertama yang kini berusia 68 tahun.

Set tempat duduk ini difahamkan sedia untuk dijual dengan harga USD90,000 (RM374.3k).

Chevrolet Corvette

Berdasarkan gambar, set tempat duduk ini kelihatan begitu usang. Harga set tempat duduk ini juga difahamkan ditentukan kerana ia masih wujud di zaman sekarang, bukan berdasarkan keadaan dan rupa bentuknya sekarang.

Pemilik set tempat duduk Chevrolet Corvette ini juga menyatakan ianya tidak sesuai untuk diguna, malah hanya sesuai dijadikan bahan koleksi.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here