GPS sebabkan pengguna motosikal ini terpaksa beratur di belakang kerbau

1515

Teknologi sememangnya menjadikan kerja lebih mudah dan pantas. Tetapi kadang-kadang ianya juga menyusahkan, seperti ketika memandu kenderaan menggunakan GPS.

Oleh itu, setiap pengguna jalan raya tidak boleh terlalu bergantung kepada teknologi ini.



Ia kadangkala akan menunjukkan anda jalan yang tidak masuk akal, seperti yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bikerhits.

gps

Video tersebut memaparkan penunggang motosikal dan pemboncengnya yang menggunakan GPS untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Kedua-dua lelaki tersebut malah ditunjukkan ke jalan tanah dengan semak dan tasik di sekitarnya.

Nasib mereka bertambah malang apabila jalan yang dilalui turut digunakan oleh sekumpulan kerbau.

Mereka berdua terpaksa memperlahankan motosikal dan beratur di belakang sekumpulan kerbau untuk melalui jalan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mencapai 11.5k tontonan, 1.5k likes dan pelbagai komen dari netizen. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here