Teknologi Mobiliti masa depan Toyota dipamerkan di KLIMS 2018

1973

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menampilkan barisan kenderaan konsep, sedan eksekutif serta kompak terbaru di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Acara itu berlangsung bermula 23 November hingga 2 Disember dan bertempat di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Kereta konsep Toyota akan mempamerkan kemajuan serta kecanggihan teknologi mobiliti yang telah dibangunkan syarikat ini diperingkat global.

Apa yang ditonjolkan syarikat ini selari dengan tema KLIMS 2018 iaitu “Beyond Mobility“.



Toyota FT-1

Model konsep I-Series yang dipamerkan bukanlah sekadar mempersembahkan estetika reka bentuk sebaliknya ia merupakan projek yang hebat hasil daripada teknologi Artificial Intelligence (AI) yang dibangunkan.

Antara kereta yang pamerkan di KLIMS termasuk model FT-1, yang membawa maksud “Future Toyota” dengan angka 1 pada namanya mewakili keunggulan.

Toyota TS030 Hybrid

Selain itu, Toyota TS030 Hybrid turut dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir. Ia merupakan jentera lumba Le Mans Prototype 1 (LMP1) yang dibina oleh Toyota Motorsport GmbH dan Toyota Motor Corporation di Jepun.

 Toyota New Global Architecture (TNGA) merupakan konsep pembangunan kenderaan terbaru yang digunakan oleh Toyota.

Ia menjadikannya lebih baik dari sudut pemanduan serta kebebasan reka bentuk yang boleh dihasilkan.

Toyota Camry

Bukan hanya model C-HR yang menggunakan platform itu namun kini Camry juga menggunakannya. Toyota Camry serba baru mempertemukan keseimbangan antara ketangkasan, penampilan dan kestabilan dengan platform TNGA.

Rekaan futuristik memberikan berat yang optimum serta pusat graviti yang rendah kepada model itu.

Seterusnya ia dapat berikan pemanduan responsif, walaupun pada kelajuan tinggi. Suspensi double wishbone di belakang berikan pengendalian yang tepat dan kekal selesa.

Toyota Camry

Ia turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense seperti sistem Pra-Perlanggaran, Amaran Pertukaran Lorong (LDA), bantuan stereng, Kawalan Cruise Radar Dinamik (DRCC) serta sistem lampu tinggi automatik (AHB).

Toyota Camry 2.5V serba baru dijual pada harga RM189,900 di Semenanjung Malaysia dengan SST dan tidak termasuk insurans. Selain itu pembeli bakal menikmati jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here