Nissan GT-R Nismo 2021 adalah model Nissan paling mahal yang ada pada hari ini, dengan harga sekitar USD210,740 (RM872k).
Dengan varian Nismo, anda akan disediakan dengan enjin V6 3.8-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan 600hp dan 652Nm tork.
Kereta ini juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.5 saat. Prestasi GT-R sememangnya menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia, namun ia bukanlah satu model Nissan yang paling mahal berjaya dijual buat masa sekarang.
Dalam masa empat tahun lagi, generasi lagenda Nissan Skyline GT-R R34 akan sah untuk diimport ke Amerika Syarikat. Namun, sebelum tiba waktu tersebut, harga model ini telah melambung tinggi.
Menurut GT-R Registry, sebuah R34 mencatat rekod jualan baru apabila ia berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga yang tidak masuk akal.
Ianya sebuah versi rare, iaitu Nissan Skyline GT-R R34 M-Spec Nur bewarna Millennium Jade yang berjaya dijual pada USD313,645 (RM1.3 juta).
Harga ini memecahkan rekod harga sebelum ini iaitu USD302,540 (RM1.25 juta) untuk sebuah Nissan Skyline GT-R R34 Spec II Nur.
Mempunyai perbatuan 6,817km, rekod baru harga kereta ini difahamkan tidak termasuk yuran lelongan dan cukai.