MotoGP Perancis 2020: Kemenangan pertama untuk Danilo Petrucci, kedudukan podium pertama untuk Alex Marquez

1241

Pelumba Itali, Danilo Petrucci memperoleh kemenangan kali pertamanya setelah muncul juara MotoGP Perancis yang berlangsung di litar Le Mans.

Kemenangan Petrucci merupakan satu kejutan besar setelah dia gagal memperoleh kedudukan enam teratas dalam lapan perlumbaan sebelumnya pada musim ini.



Adik kepada Marc iaitu Alex Marquez berjaya memanfaatkan ketiadaan abangnya dengan menduduki kedudukan podium buat kali pertama setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Pol Espargaro menduduki tempat ketiga manakala pendahulu perlumbaan, Fabio Quartararo sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke sembilan. 

Sementara itu, juara dunia enam kali, Marc Marquez yang memenangi dua perlumbaan pada musim ini masih tidak dapat bersaing ekoran dari kecederaan yang dialami semasa perlumbaan pembukaan musim.

Danilo Petrucci

Pelumba veteran, Valentino Rossi sekali lagi mengalami kemalangan. Ini bermakana, Rossi tidak dapat menamatkan tiga perlumbaan terakhirnya sebelum ini kerana mengalami kemalangan.

“Ini sukar untuk dipercayai. Saya merasa selesa pada keadaan litar yang kering pada awal pagi tetapi mungkin saya dapat melakukannya walaupun dalam keadaan hujan.

“Kemenangan ini adalah untuk semua orang yang mempercayai saya dalam masa sukar ini.” kata Petrucci.

Keputusan penuh MotoGP Perancis 2020

1) Danilo Petrucci (Ducati)
2) Alex Marquez (Repsol Honda)
3) Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory)
4) Andrea Dovizioso (Ducati)
5) Johann Zarco (Avintia Ducati)
6) Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech 3)
7) Takaaki Nakagami (LCR Honda)
8) Stefan Bradl (Repsol Honda Team)
9) Fabio Quartararo (Petronas SRT Yamaha)
10) Maverick Vinales (Yamaha Factory Racing)
11) Joan Mir (Team Suzuki Ecstar)
12) Brad Binder (Red Bull KTM Factory)
13) Pecco Bagnaia (Pramac Ducati)
14) Aleix Espargaro (Aprilia Racing Gresini)
15) Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech 3)
16) Alex Rins (Team Suzuki Ecstar)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here