BMW telah bekerjasama dengan francais Mission: Impossible sejak 2011 bila kita melihat i8 yang merupakan model konsep pada masa itu membuat kemunculan dalam Ghost Protocol.
Kerjasama diteruskan dalam siri keenam, Mission: Impossible – Fallout dimana Ethan Hunt memandu sebuah BMW M5.
Untuk siri ketujuh ini, nampaknya kerjasama diteruskan seperti rakaman yang dimuatnaik SupercarsNews di Youtube.
Rakaman itu bukanlah beresolusi tinggi dan tidak dapat menunjukkan dengan jelas sama ada Ethan Hunt memandu 5-Series biasa atau M5. Tetapi dengan pemerhatian teliti anda akan dapat perhatikan diffuser belakang dan ekzos quad, menunjukkan ianya model M5.
Apa yang jelas juga ialah babak itu dibuat di jalan sempit di Rome, membolehkan BMW itu ‘membelanja’ aksi oversteer semasa ia membelok dengan agresif semasa dikejar sekumpulan kereta polis.
Tidak dipastikan juga sama ada Tom Cruise benar-benar memandu sendiri untuk aksi lagak ngeri itu. Walaubagaimanapun, ianya tidak mustahil kerana beliau diketahui gemar memandu sendiri untuk aksi lagak ngeri dalam filem-filem Mission: Impossible sebelum ini.
Tom Cruise juga telah belajar menjadi juruterbang helikopter untuk menerbangkan sendiri pesawat semasa aksi kejar-mengejar dua buah helikopter dalam Mission: Impossible – Fallout.
Oh ya, jika anda perasan, dalam babak bersama M5 ini juga, kereta kamera lain tidak kurang hebatnya. Terdapat satu kereta kamera Nissan GT-R, dan sebuah lagi merupakan Porsche Cayenne generasi pertama. Kedua-duanya berwarna hitam dan dimodifikasi khas untuk tugas itu. Cool.
Mission: Impossible 7 dijadualkan tiba di panggung wayang pada 19 November 2021 diikuti dengan sequel pada tahun berikutnya. MI7 sepatutnya menemui penonton pada 23 Julai 2021, tetapi ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar