Aspar Team singkir Hafizh Syahrin selepas ikat Albert Arenas

4348

Pasukan Moto2, Aspar Team melengkapkan barisan pelumbanya bagi saingan Moto2 musim depan hari ini dan kini mengundang persoalan mengenai hala tuju Hafizh Syahrin Abdullah.

Ini berikutan pendahulu kelas Moto3 2020, Albert Arenas diangkat pasukan berkenaan ke kelas Moto2 musim depan bersama rakan senegaranya, Aron Canet.

Ketika hampir keseluruhan pasukan Moto2 sudah mengumumkan barisan pelumba mereka, kedudukan Hafizh untuk kempen Kejuaraan Motosikal Dunia 2021 tampak tipis.



“Ya, pasukan sudah menandatangani dia (Arenas). Buat masa ini, saya tidak memikirkan lagi ke mana.

“Buat sementara ini, saya hanya mahu memberi tumpuan untuk menamatkan lima baki pusingan ini dulu,” katanya yang dipetik dalam Berita Harian.

Hafizh yang kembali beraksi dalam kelas Moto2 musim ini dengan menduduki tangga ke-19 dengan mengumpul 18 mata.

Pencapaian terbaik Hafizh musim ini adalah di GP Sepanyol, Julai lalu apabila menemui garisan penamat di tempat keenam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here