Isuzu perkenalkan enjin RZ4E-TC Ddi BluePower baharu

2451

Isuzu Malaysia Sdn Bhd (IMSB) mempamerkan enjin RZ4E-TC Ddi BluePower baharu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS).

Ia merupakan enjin generasi baharu yang dibina melalui kajian menyeluruh dalam teknologi diesel selama lebih empat tahun.

RZ4E-TC Ddi BluePower

Enjin itu 20% lebih ringan berbanding rangkaian kuasa 2.5 liter Ddi VGS Turbo sebelum ini. Ia mampu menyalurkan 150hp dengan tork setinggi 350Nm antara 1,800 sehingga 2,600 rpm. 



Enjin RZ4E-TC memberikan peningkatan kuasa, memberi pecutan yang lebih pantas serta kadar penjimatan bahan api yang lebih baik.

Isuzu D-Max

Ciri utama enjin itu adalah tahap penjimatan bahan api selepas menggunakan penyuntik bahan api common rail bertekanan 200 Mpa.

Ia dapat menghasilkan kadar semburan diesel yang lebih halus dan seterusya dapat melengkapkan kadar pembakaran bahan api.

Isuzu D-Max

Sementara itu IMSB turut menonjolkan dua model konsep yang diubah suai dan tampil dengan gaya yang hebat. Dua model tersebut ialah D-Max dan mu-X.

Kedua-dua model itu diubah suai dengan konsep yang berbeza iaitu street rugged bagi trak pikap, manakala versi off-road bagi SUV.

Isuzu mu-X

Isuzu D-Max dihias dengan kombinasi warna biru dan merah dan gayanya turut diperkuat dengan bampar besi, rim aloi tema jalanan dan roll bar.

Manakala bagi Isuzu mu-X pula diubah secara ekstrem dengan tambahan seperti cangkuk winch, roof tray, tayar jenis mud, dan bumper besi.

Isuzu mu-X

Selain itu ia turut disertakan dengan peningkatan jarak kelegaan tanah sebanyak 3 inci dan mu-X merupakan jentera off-road yang pernah menyertai acara Borneo Safari.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here