Memotong kenderaan adalah salah satu daripada banyak tugas yang dilakukan oleh anggota bomba untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
Hal ini akan dilakukan sekiranya seseorang indivitu terperangkap dan tidak dapat keluar dari kenderaan selepas berlaku kemalangan.
Untuk mahir ketika melakukan tugas ini, sudah tentu seseorang anggota bomba memerlukan latihan yang baik dan Dearborn Fire Department mempunyai cara mereka tersendiri.
Mereka menggunakan sebuah kereta yang iaitu sebuah Ford Mustang Shelby GT500 2020 sebagai ‘bahan ujikaji’ sepanjang tempoh latihan tersebut diadakan.
Berasarkan laman Facebook rasmi Dearborn Fire Department, terdapat beberapa gambar yang memaparkan Ford Mustang Shelby GT500 2020 dipotong oleh anggota bomba semasa latihan sedang dijalankan.
Sebenarnya, kereta tersebut adalah satu unit ujian dan bukannya kereta baru seperti yang dijual di pusat pengedar. Walaupun hanya unit ujian, kereta ini dilengkapi dengan Carbon Fiber Track Pack yang berharga USD18,500 (RM76k) jika dibeli dari pusat pengedar.
Unit ujian ini juga difahamkan didermakan khas oleh Ford Motor Company untuk ujian ini.
Untuk makluman, Ford Mustang Shelby GT500 dikuasakan oleh enjin V8 5.2-liter supercharged yang mampu menghasilkan sehingga 760hp dan 847Nm tork.
Pecutan 0-100km/j dihasilkan hanya dalam masa 3.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 289km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar