Covid-19: Proton catat 49 kes baharu hari ini

1334

Setelah mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 14 Oktober 2020, Proton kini mengumumkan 49 lagi kes telah dikesan hari ini.

Semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian kejuruteraan dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.



Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Pihak syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini.

Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas Covid-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

Proton ingin menekankan bahawa pihak syarikat akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat. Ini telah diamalkan semenjak wabak ini menular dalam negeri.

Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.

Proton juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini.

Keselamatan semua pekerja Proton, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa kekal sebagai keutamaan syarikat itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here