McLaren Elva dengan tema Gulf diperkenalkan di Goodwood SpeedWeek

1333

McLaren memperkenalkan Elva yang kini didatangkan dengan tema Gulf dari McLaren Special Operations (MSO) di Goodwood Speedweek, sebagai perhargaan dari kerjasama mereka dengan jenama Gulf Oil.

McLaren Elva Gulf

Kedua-dua syarikat tersebut difahamkan menandatangani kerjasama baharu yang menggambarkan kewujudan mereka sejak dari tahun 1960-an, dan ketika mereka pertama kali memasuki dunia permotoran.



Jenama Gulf pada mulanya wujud pada kereta jenis Can-Am, Indy dan Formula 1 milik McLaren antara tahun 1968 dan 1873. 

McLaren Elva Gulf

Pada tahun 90-an, McLaren F1 GTR menggunakan tema warna dari Gulf di pelbagai acara perlumbaan termasuk di Le Mans.

Hasil dari kerjasama baru ini, pelanggan McLaren yang ingin mendapatkan tema Gulf boleh membeli secara langsung melalui McLaren Special Operations (MSO).

“McLaren Elva dengan tema Gulf yang dihasilkan oleh MSO ini merupakan penghargaan bagi sejarah McLaren dalam perlumbaan kereta sport dan kerjasama baru kami dengan Gulf Oil.”

Akan diedarkan bermula tahun ini, McLaren Elva dengan tema Gulf dihasilkan hanya dalam 149 unit, dan kini sudah boleh dipesan melalui pra-tempahan. 

Dilengkapi dengan enjin V8 4.0-liter twin-turbocharged, kereta ini mampu menghasilkan sehingga 803hp dan 800Nm tork dan mencapai kelajuan dari 0-100km/j dalam masa kurang dari tiga saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here