BMW M340i xDrive ialah 3-Series yang anda mahu, 387hp, tiada hidung gedabak M3!

2375

BMW M3 dan M4 mendapat pelbagai reaksi internet bila dilancarkan secara global kerana hidung atau gril depannya yang terlalu besar. Ada yang okay dengannya, ada yang tidak berapa gemar.

Jika anda tidak berapa gemar, maka ada BMW 3-Series yang hampir berkuasa seperti M3, tetapi dengan gaya lebih ‘biasa’. Dan ia kini di Malaysia!



Memperkenalkan BMW M340i xDrive. Ia mendapat enjin 3.0-liter 6-silinder sebaris yang pastinya memberikan bunyi yang merdu, dan enjin ini menjana 387hp pada 5,800-6,500rpm. Tork pula setinggi 500Nm pada 1,850-5,000rpm.

Cukup untuk meluncur di lebuhraya, pergi ke pejabat, touge hujung minggu atau pergi ke track day. Mungkin ini pakej lengkap semua benda dalam satu kereta.

Output enjin TwinPower Turbo ini disalurkan ke semua roda melalui transmisi automatik Steptronic 8-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda xDrive.

BMW M340i ini digayakan dengan kit M Aerodynamics, BMW Laser Light, kemasan Shadowline dari BMW Individual, dan kemasan Cerium Grey metalik pada beberapa bahagian badan.

Komponen M lain adalah rim aloi ringan M Double Spoke 19-inci, brek M Sport 4-piston, ekzos trapezoid berkembar, dan spoiler M.

Untuk pemanduan sporti dan mengujakan, BMW M340i ini juga mendapat suspensi M adaptif yang lebih rendah sebanyak 10mm, dan pacuan xDrive yang lebih kepada roda belakang. Differential M Sport juga menambah cengkaman dan kestabilan semasa memecut keluar selekoh.

Di bahagian dalam, kereta ini didatangkan dengan kemasan Leather Vernasca dan pelapik siling Anthracite sebagai standard. Pakej M pula terdiri dari roda stereng, pemijak tepi pintu, pedal sport, dan karpet.

Ciri keselamatan pula merangkumi Lane Change Warning, Crossing Traffic Warning dan Speed Limit Assist. Terdapat juga Lane Departure Warning dengan bantuan stereng serta Forward Collision Warning.

Empat warna boleh dipilih: Alpine White, Black Sapphire, Sunset Orange, dan Portimao Blue. BMW M340i xDrive dijual pada harga RM402,354.13 (atas jalan, tanpa insurans).

Masih rasa perlu sebuah M3?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here