Ini anggaran bayaran muka dan ansuran bulanan sebuah Bugatti Chiron!

3206

Dari reka bentuk, keluaran yang terhad, prestasi enjin dan harga, tidak ada perkara yang ‘biasa’ mengenai Bugatti Chiron.

 



Pengganti bagi model Veyron ini diperkenalkan empat tahun lalu, dan rangkaiannya telah diperluas dengan pengenalan beberapa versi lain seperti Chiron Sport, yang berharga USD3.2 juta (RM13.3 juta) di Amerika Syarikat.

Walaupun hadir dengan ciri standard hypercar, harga kereta dari Bugatti sangat mahal dan seseorang perlu menggunakan wang yang banyak jika ingin memilikinya.

Menurut anggaran dari Carscoops, jika sebuah Bugatti dibayar sebanyak USD358,000 (RM1.4 juta) sebagai wang pendahuluan, USD52,196 (RM217k) sebulan dalam kontrak 3 tahun, atau USD65,950 (RM274k) sebulan dalam masa setahun, seseorang itu ibarat membeli sebuah Porsche 718 Boxster pada setiap bulan.

Walaupun bayaran sebegitu rupa dibuat, pemilik sesebuah Bugatti hanya dibenarkan untuk memandu 4,023km setahun dan akan mendapat servis secara percuma.

Untuk makluman, Bugatti Chiron dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,500hp dan 1,600Nm tork.

Hypercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.4 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 420km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here