“Reward yourself, Syukur,” Haqiem Rusli kini miliki Mercedes GLC200

1915

Tiga tahun lalu ketika berusia 19 tahun, Haqiem Rusli membeli kereta pertamanya jenis Mitsubishi Lancer secara tunai. Namun kini, Haqiem sekali lagi membeli sebuah kereta baru iaitu jenis Mercedes-Benz GLC200.

haqiem rusli

Kereta yang berharga sekitar RM290,000 tersebut didaftarkan dengan nombor plat 1998 , yang merupakan tahun kelahirannnya.



Haqiem Rusli juga menyatakan syukurnya ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dikurniakan dan peluang untuk memiliki kereta tersebut.

Dia juga ada membuat tinjauan pada beberapa kereta lain termasuk jenis BMW dan Range Rover, namun model dari Mercedes-Benz itu menjadi pilihan hatinya.

Menurut Haqiem, memandangkan dia belum memiliki lesen memandu, kereta tersebut akan dipandu oleh ayahnya, dan jika ada urusan tertentu, dia akan meminta tolong kepada pengurusnya untuk menjadi pemandu.

Turut berkongsikan perkara itu di Twitter, Haqiem berkata dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.

Untuk makluman, Mercedes GLC200 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbocharger empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 194hp pada 6,100 rpm dan 320Nm tork pada 1,300 rpm. 

Pecutan dari 0-100km/j mengambil masa 7.8 saat, manakala kelajuan maksimumnya ialah 217km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here