Ini anggaran bayaran muka dan ansuran bulanan sebuah Koenigsegg CCXR Trevita – RM99k sebulan!

2491

Hanya dua unit dari Koenigsegg CCXR Trevita pernah dihasilkan, dan salah satu daripadanya kini sedia untuk dijual di pusat pengedar iLusso yang terletak di California, Amerika Syarikat.

Koenigsegg CCXR Trevita

Apa yang menarik, selain daripada bayaran tunai, seseorang yang ingin membeli supercar ini boleh membuat bayaran muka dan ansuran bulanan.



Dalam usaha untuk menjual model rare dari Koenigsegg ini, Luxury Lease Partners menawarkan supercar tersebut dengan USD24,000 (RM99k) sebagai bayaran bulanan dan USD650,000 (RM2.7 juta) (termasuk cukai) untuk bayaran muka dalam jangka masa 5 tahun.

Koenigsegg CCXR Trevita

Dalam jangka tersebut, seseorang perlu membayar sekitar USD1.44 juta (RM6 juta) termasuk bayaran muka yang dinyatakan, dan semua cukai yang berkaitan untuk memiliki supercar ini.

Secara keseluruhan, jumlah yang perlu dibayar dalam masa 5 tahun juga untuk mendapatkan supercar ini melebihi jumlah bayaran ansuran untuk sebuah Bugatti Chiron

Bugatti Chiron sememangnya model yang lebih baru dari Koenigsegg CCXR Trevita, tetapi itu tidak bermakna kereta ini bukan sebuah kereta berprestasi tinggi.

Untuk makluman, Koenigsegg CCXR Trevita dikuasakan oleh enjin V8 4.8-liter twin-supercharged yang mampu menghasilkan sehingga 1,018bhp pada 7,000 rpm dan 1,080Nm pada 5,600 rpm.

Pecutan dari 0-100km/j hanya mengambil masa 2.9 saat, sebelum jentera ini mampu mencapai kelajuan maksimum pada 410km/j.

Dengan prestasi sebegini, ia masih cukup pantas berbanding kebanyakan supercar dan hypercar hari ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here