Langgan kenderaan kini lebih mudah dengan promosi terbaharu GoCar

1806

GoCar, platform perkongsian kenderaan berdasarkan kepada permintaan di Malaysia telah mengumumkan struktur ‘Satu Harga’ untuk tawaran GoCar Subs, stor rasmi baharu di Shopee Malaysia serta manfaat ‘Swap’ bagi pelan langganan 12 bulan dan ke atas.

Pelanggan juga boleh memanfaatkan tawaran tempoh terhad untuk lebih penjimatan. 



Sebagai pelan langganan pelbagai jenama kenderaan paling mampu milik di pasaran, GoCar Subs kini berhasrat untuk memudahkan proses pemilihan pelanggan melalui struktur ‘Satu Harga’ dengan mengkategorikan rangkaian kenderaan GoCar Subs kepada lima kategori sahaja – Cheap, Base, Plus, Expat dan Luxe.

Ini melibatkan jenama tempatan Perodua dan Proton sehinggalah jenama mewah seperti MINI, Mercedes-Benz serta banyak lagi.

Setiap kategori menawarkan satu kadar standard ke atas semua model yang terdiri daripada pelbagai pilihan pelan untuk dipilih oleh pelanggan.

Pelan yang ada termasuklah pilihan langganan secara mingguan, bulanan, 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan. Sebelum ini, kadar adalah berbeza mengikut model.

Jadual di bawah memberikan gambaran pantas tentang struktur Satu Harga GoCar Subs yang baharu:

GoCar di Shope

GoCar juga bekerjasama dengan Shopee Malaysia dan telah membangunkan satu kedai rasmi sebagai sebahagian daripada Shopee Mall yang menampilkan semua tawaran GoCar Subs.

Sempena kerjasama ini, GoCar Subs memberikan tawaran istimewa ke atas Nissan Almera yang hanya boleh didapati menerusi Shopee – langganan mingguan pada kadar istimewa cuma RM299 (kadar biasa: RM499) dan pelan bulanan RM599 (kadar biasa RM1,699). Unit adalah terhad.

Mereka yang berminat boleh melayari GoCar Store Shopee di SINI (https://shopee.com.my/gocarmalaysia.os).

Tukar kenderaan dengan mudah

GoCar Subs juga berbesar hati untuk mengumumkan ‘Swap’ – satu manfaat baharu yang membolehkan pelanggan yang melanggan selama 12 bulan dan ke atas untuk mengakses semua kenderaan di dalam garaj GoCar Subs.

Bagaimana ‘Swap’ berfungsi:

  • Langgan kereta kegemaran anda selama 12, 24 atau 36 bulan
  • Pilih satu kenderaan alternatif yang anda sedia untuk tukar (selepas sekurang-kurangnya 3 bulan)
  • Buat satu penukaran dengan yuran RM250 (akan dikecualikan untuk tahun pertama langganan)
  • Yuran langganan bulanan anda kemudian akan diubah suai secara automatik apabila penukaran dibuat. Yuran akan naik atau turun bergantung kepada kenderaan yang anda pilih

Setiap pelanggan dibenarkan untuk membuat dua kali penukaran setahun – jadi, pelanggan mempunyai akses kepada sehinga tiga model berbeza setiap tahun. Ia direka untuk benar-benar merevolusikan cara orang ramai mengakses dan menggunakan kenderaan GoCar Subs pada masa depan. Selain memberikan fleksibiliti dan kebebasan penuh ke atas kenderaan berbeza bergantung kepada keperluan pelanggan pada ketika itu.

Lebih penjimatan dengan tawaran masa terhad

Bermula sekarang sehingga 31 Disember, para pelanggan boleh memanfaatkan kelebihan tawaran NEW2SUBS untuk menikmati lebih banyak penjimatan.

Melalui tawaran eksklusif ini, pelanggan yang melanggan pelan langganan 12 bulan atau ke atas tidak perlu membayar yuran bulan pertama serta 50 peratus diskaun untuk bulan kedua dan ketiga.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga menerima naik taraf perbatuan kepada 2,500km sebulan berbanding 1,650km, serta tidak perlu membayar yuran penukaran sekiranya mereka ingin menukar model atau kenderaan.

Semua yuran tersebut merangkumi insurans komprehensif, cukai jalan, servis berkala, penyelenggaraan dan pemeriksaan kenderaan bebas.

Sebagai satu program langganan, pelanggan GoCar Subs tidak perlu bimbang tentang bayaran muka yang tinggi, kadar faedah pinjaman, terpaksa melalui tempoh pinjaman yang lama dan kos penyusutan nilai kenderaan.

Daftar sekarang di www.gocarsubs.com atau melalui GoCar Store di Shopee Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here