Honda CR-V facelift 2020 dilancar dengan spesifikasi dipertingkat, dari RM140k

2083

Honda Malaysia hari ini melancarkan CR-V facelift 2020 dengan beberapa pembaharuan dan spesifikasi yang dikemaskini.

Honda Malaysia kini mencatatkan kira-kira 600 unit tempahan dalam satu bulan sejak dibuka bulan lepas.



CR-V facelift akan ditawarkan dalam tiga varian, dan harga adalah seperti berikut:

  • 1.5L TC-P 4WD: RM162,910.18
  • 1.5L TC-P 2WD: RM157,615.91
  • 2.0L 2WD: RM139,912.53

Semua harga adalah selepas pengecualian cukai. Harga asal sebelum pengecualian cukai masing-masing adalah RM169,900, RM164,300 dan RM145,400.

Di bahagian luar, Honda CR-V 2020 menerima gril serba hitam baharu, lampu depan LED, dan bampar hitam baharu dengan krom berbentuk sayap.

Di belakang juga terdapat kemasan sayap krom, lampu smoked yang lebih gelap dan sporti, dan ekzos berkembar. Gaya keseluruhan dilengkapkan dengan rim dwi-tona 18-inci baharu.

Enam warna boleh dipilih untuk CR-V anda: Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan warna baharu, Platinum White Pearl.

Dari segi janaan kuasa, SUV ini masih mengekalkan penggunaan unit 1.5-liter VTEC Turbo yang menghasilkan 193hp dan 243Nm tork, iaitu bersamaan dengan output enjin 2.4-liter.

Bagi varian asas dengan varian2.0-liter, unit ini menjana 153hp dan 189Nm tork. Walau apa pun varian pilihan anda, transmisi adalah serupa iaitu CVT Earth Dreams.

Varian AWD juga akan mendapat ciri Intelligent Control System yang mengagihkan tork optima pada roda belakang untuk cengkaman dan kawalan lebih baik.

Kabin CR-V facelift didatangkan dengan rekaan luas dan praktikal, dengan dua port USB di konsol tengah.

Ciri tambahan baharu lain termasuklah Remote Engine Start dan Remote Retractable Door Mirrors yang pasti menambah elemen premium pada SUV ini.

CR-V juga akan menerima ciri kemudahan baharu iaitu Hands-free Power Tailgate yang membolehkan anda membuka dan menutup pintu but dengan ‘menendang’ kaki di bawah bampar (varian TC-P 2WD dan TC-P 4WD sahaja).

Untuk bahagian keselamatan, Honda CR-V facelift dilengkapi Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Ciri keselamatan standard lain adalah Honda LaneWatch, enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handling Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), ABS, EBD, Brake Assist (BA), Auto Brake Hold (ABH), Walk Away Auto Lock dan Driver Attention Monitor.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here