Jualan tiket bas pulang ke Kelantan laku keras

2314

Berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir kebanyakan negeri, jualan tiket bas ke Kelantan laku keras kerana masing-masing mahu pulang ke kampung halaman.

bas kelantan

Kebanyakan bas dari semua negeri sejak malam tadi dikatakan penuh sehingga pagi ini sebelum PKPB berkuatkuasa tengah malam ini.



Dipetik dari Berita Harian, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, berkata hampir kebanyakan bas terutama dari Perak, Johor, Penang penuh sejak malam tadi hingga pagi ini.

Menurut Che Ibrahim, kebanyakan bas mendapat sambutan di negeri yang baru dilaksanakan PKPB manakala sambutan di Lembah Klang masih sama kerana negeri berkenaan sudah menjalani PKPB dan memerlukan surat.

Sambutan yang diterima agak menggalakkan kerana orang ramai yang difahamkan mahu pulang sebelum pelaksanaan PKPB mulai tengah malam ini.

Sejak PKPB di Lembah Klang, penjualan tiket bas agak perlahan sehinggalah pengumuman PKPB petang semalam.

Pesanan dari Motoqar: Harap yang balik kampung tu, sila patuh SOP. Jangan pula kita bawa balik penyakit ke kampung sudah la.. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here