Tak perlu daftar di aplikasi MySejahtera untuk isi minyak – CPRC

1435

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah menjelaskan orang awam tidak perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mengisi minyak.

Ini berikutan kenyataan semalam yang berkata bahawa orang awam boleh dikenakan kompaun RM1,000 jika gagal berbuat demikian.



Dalam satu emel menjawab soalan dari Free Malaysia Today (FMT), CPRC berkata keperluan untuk mengimbas kod QR hanya tertakluk kepada individu yang memasuki premis (kedai serbaneka, surau, tandas di stesen minyak).

Menerusi laporan The Star pagi ini juga, Presiden Persatuan Pengedar Petrol (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, individu hanya perlu mengimbas kod QR pada aplikasi MySejahtera apabila memasuki kedai serbaneka, surau atau tandas di stesen minyak berkenaan.

“Ia tidak diperlukan (mengimbas kod QR tersebut) jika hanya mengisi minyak kenderaan (jika tidak berurusan di kaunter, menggunakan kad debit/kredit),” katanya.

“Apa yang dimaklumkan kepada kami, hanya kod QR dan pemeriksaan suhu badan diperlukan apabila seseorang individu memasuki kedai serbaneka, tandas dan surau. Selain daripada itu, tidak perlu,” tambah Khairul.

Semalam agak kecoh di media sosial apabila laporan oleh China Press memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang berkata, setibanya anda di stesen minyak, orang awam perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi aplikasi MySejahtera meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here