Saksikan pemilihan pemenang Hot Wheels Legends Tour Malaysia pada Khamis ini, 10:30 pagi!

1708

Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed.

Penjelajahan digital ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia dan paserta negara kita yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November ini, jam 10.30 pagi.

Sebanyak 12 finalis telah dipilih dari 67 penyertaan negara ini dan hanya seorang akan diumumkan sebagai pemenang untuk mewakili Malaysia.



Ia juga akan disiarkan secara langsung di Facebook Hot Wheels. Malaysia adalah tuan rumah di Asia yang dipilih sebagai hos acara ini.

Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan telah menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, mendapat lebih daripada 5,000 penyertaan, 18 finalis dan 1 pemenang luar biasa!

Tahun ini, acara ini akan berlangsung secara digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global).

Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan diabadikan menjadi model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.

Peminat, keluarga dan penggemar kereta yang menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia telah menghantar hasil binaan mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/. Peserta terbaik Malaysia akan disenarai-pendek di lokasi maya yang disiarkan secara langsung.

Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia kemudian akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.

The Hot Wheels Legends Tour, yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya, adalah pencarian global untuk kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan model die-cast Hot Wheels.

The Hot Wheels legends Tour Malaysia direalisasikan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia (hos tuan rumah), Shopee Malaysia (e-dagang) dan Toys “R” Us Malaysia (peruncit).           

Sama seperti semua lokasi Legends Tour, para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian dan semangat garasi ketika memilih finalis dan pemenang. Dalam masa yang sama, sebahagian besar kenderaan adalah termasuk yang mewakili Hot Wheels dalam semua aspek budaya kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here