Toyota Vios facelift 2021 lebih stylo dan lebih ciri keselamatan, tempahan dibuka!

3891

Selepas memperkenalkan Yaris facelift beberapa minggu lepas, hari ini berita yang kami dapat UMW Toyota akan memberikan pembaharuan pada Vios pula.

Ini juga boleh dikatakan masa yang sangat sesuai untuk Toyota kerana pengeluar-pengeluar lain telah menghangatkan segmen-B. Nissan dengan Almera dan Honda dengan City, kedua-duanya serba baharu.



Walaupun Vios bukan serba baharu, tidak mengapa generasi ini baru sahaja diperkenalkan awal tahun lepas.

Untuk facelift ini, Vios 2021 akan mendapat gaya luaran lebih segar dan kelengkapan keselamatan yang dipertingkat.

Dari segi penampilan, Toyota Vios 2021 diberikan bampar depan baharu, gril yang direka semula, kit badan dengan lip, dan lampu LED baharu sama seperti Yaris. Lampu ini juga lengkap dengan DRL.

Lampu utama baru ini juga turut disambungkan dengan fungsi follow-me-home yang kini ditawarkan pada semua varian J, E dan G sebagai kelebihan kepada pengguna.

Vios merupakan model pertama dalam segmennya yang dianugerahkan penarafan lima-bintang bagi ujian ASEAN NCAP dan kini turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada ciri Pre-Collision System dan Lane Departure Alert.

PCS diaktifkan bermula dari kelajuan 15 km/j untuk mengurangkan risiko perlanggaran dengan kereta hadapan, dan akan memaklumkan pemandu sekiranya sistem mengesan ada kenderaan dalam jarak perlanggaran.

Ciri LDA pula diaktifkan dari kelajuan 50 km/j dan ke atas, dan akan memaklumkan pemandu sekiranya berlaku pertukaran lorong yang tidak diingini dengan memberikan amaran visual pada paparan Multi-Info Display serta melalui bunyi “beep”.

Sistem ini bagaimanapun boleh dinyahaktif oleh pemandu. Semua ini adalah tambahan kepada ciri-ciri keselamatan sedia ada pada model berkenaan.

Ini terdiri dari Vehicle Stability Control, Traction Control, Hill Start Assist, Rear Cross Traffic Alert, ABS, EBD, Brake Assist dan Digital Video Recorder.

Vios juga satu-satunya kereta dalam segmennya yang dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS (masing-masing dua di depan, sisi, tirai dan satu pelindung lutut pemandu).

Vios dipertingkatkan ini juga dipasangkan ciri peninjau pandangan panoramik 360-darjah 3D, membolehkan pemandu memerhatikan keadaan sekeliling kereta dengan lebih mudah dan berkesan.

Untuk memastikan pelanggan menikmati ciri tunjuk arah, sambungan dan infotainmen yang terbaik, Vios dipertingkatkan ini turut dilengkapi dengan skrin tujuh-inci dengan sokongan Android Auto & Apple CarPlay (AACP).

Sistem telematik kenderaan juga ditawarkan sebagai standard bagi Vios (varian G & E), selari dengan arah tuju syarikat untuk mempertingkatkan Connectivity di bawah pengalaman jenama 360-T Plus.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna baru, Orange Metallic dan Platinum White Pearl, pelanggan juga boleh memilih daripada warna-warna sedia ada seperti Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic dan Silver Metallic.

Mula dibuka untuk tempahan bermula hari inisecara dalam talian dan disemua bilik pameran sah Toyota seluruh negara, Vios terbaru ini juga datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

Harga akan diumumkan tidak lama lagi dan pelanggan boleh menikmati pengecualian cukai jualan bagi kereta pemasangan tempatan yang masih berlangsung ketika ini.

Pelanggan juga boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui laman web rasmi UMW Toyota bermula 16 November 2020.

Ketahui maklumat lanjut tentang model ini dengan melayari laman web www.toyota.com.my/vios.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here