Fizo Omar ketepikan iPhone 12 dan PlayStation 5, pilih beli skuter untuk mudahkan ibu ke surau

1977

Siri iPhone 12 secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada 13 November dengan harga permulaan RM3,399 untuk iPhone 12 Mini dan RM6,699 untuk iPhone 12 Pro Max.

Selain itu, PlayStation 5 juga akan secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada 11 Disember harga permulaan RM1,869.



Gajet terbaru ini sudah tentu menjadi kegilaan ramai termasuk pelakon, Fizo Omar, namun dia sanggup mengenepikan keinginannya itu demi kebahagiaan ibunya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo Omar memberitahu dia ketepikan hasratnya untuk memiliki kedua-dua gajet itu dan menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menurut Fizo, skuter itu boleh digunakan ibunya untuk ke surau. Fizo berkata jika ibunya gembira pasti akan bertambah rezekinya kelak dan tidak mustahil jika dapat membeli apa yang diinginkan satu hari nanti.

Hopefully perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu. Hmmmm…iPhone 12, PS5? Nanti la dulu. Bila Mama happy, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki, bukan setakat iPhone dan PS5, dengan kedai sekali boleh beli,” tulisnya.

Dalam pada itu, diruangan komen, rata-rata netizen memuji Fizo dan tindakannya boleh dijadikan contoh kepada mereka yang lain untuk terus berbakti kepada ibu bapa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here