Sebuah Tesla Model 3 rosak teruk dalam kemalangan yang berlaku di Oregon, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, pemandunya hanya mengalami cedera ringan.
Pemandu Model 3 tersebut difahamkan berada di bawah pengaruh alk0hol ketika memandu, dimana dia terbabas dan merempuh dua batang pokok dan sebatang tiang elektrik.
Menurut pihak polis, pemandu tersebut difahamkan memandu pada kelajuan melebihi 160km/j ketika kemalangan berlaku. Berdasarkan gambar yang dikongsi oleh City of Corvallis Police Department, beberapa bahagian dari Model 3 tersebut tercabut sehingga bertaburan di seberang jalan.
Dua pek bateri Model 3 tersebut yang terdiri daripada beberapa ribu sel bateri dikatakan tercabut dan tercampak dari lokasi kejadian.
Pek bateri pertama tercampak ke dalam sebuah rumah yang berdekatan dengan lokasi kejadian sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran dan satu lagi pek bateri tercampak sehingga mencederakan seorang individu.
Malah, tayar Model 3 tersebut turut tercampak sehingga memecahkan paip air dan merosakkan bilik mandi sebuah pangsapuri.
Menurut City of Corvallis Police Department, pihaknya berusaha untuk mengumpul sel bateri yang tersisa sebanyak mungkin, dan meminta orang awam untuk melaporkan kepada mereka jika menemui bahagian yang tercampak dari Model 3 berkenaan.
Mereka juga memberi amaran tentang sel-sel bateri tersebut yang akan kekal panas sehingga 24 jam, dimana ia dapat melepaskan gas serta bahan beracun.
Pemandu Model 3 berkenaan, Dylan Milota difahamkan mengambil d4dah jenis m4rijuana ketika memandu dan kini ditahan dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk proses pengecaman DUI (driving under the influence).