Ducati Panigale V4 SP edisi terhad, untuk kegunaan litar sahaja

2412

Ducati kini memperkenalkan sebuah lagi jentera hardcore iaitu Panigale V4 SP. Motosikal ini disertakan dengan pelbagai peningkatan dari segi reka bentuk, ciri-ciri dan sistem elektronik.

Ducati kini mengembalikan nama Sport Production (SP), yang pertama kali diperkenalkan pada Ducati 851. Logo ‘SP’ disertakan secara khas pada fairing motosikal ini.



Secara amnya, nama SP yang digunakan melambangkan sesebuah motosikal itu disertakan dengan peralatan teknikal tertentu, yang menjadikannya lebih laju di litar perlumbaan.

Panigale V4 SP disertakan dengan warna ‘Winter Test’, dimana warna ini diilhamkan dari motosikal Ducati Corse yang digunakan dalam ujian pra musim Kejuaraan MotoGP dan SBK.

Terdapat juga sirip-sirip gentian karbon pada fairing yang memberikan gaya lebih agresif. Turut diberikan ialah sepasang lampu LED dan DRL garang yang pasti buatkan orang nampak dari jauh.

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 1,103cc Desmosedici Stradale yang mampu menghasilkan sehingga 213bhp pada 13,000 rpm dan 124Nm tork pada 9,500 rpm.

Enjin ini digabungkan dengan kotak gear 6-kelajuan, klac slip-assist, teknologi (DQS) Ducati Quick Shift EVO 2, dan klac kering supaya lebih efektif ketika berada dalam litar perlumbaan.

Untuk suspensi, motosikal ini menggunakan fork USD Ohlins NIX30 43mm yang boleh dilaraskan sepenuhnya beserta TiN treatment pada bahagian hadapan dan mono-shock Ohlins TTX36 yang juga boleh dilaraskan sepenuhnya pada bahagian belakang.

Sistem brek motosikal ini pula disertakan dengan sistem dwi cakera 330mm bersama dengan kaliper jenis Brembo Monobloc Stylema R 4-pinston pada bahagian hadapan. Untuk bahagian belakang, cakera dengan saiz 245mm digunakan, bersama dengan kaliper juga dari Brembo.

Ducati Panigale V4 SP

Panigale V4 SP juga kini dilengkapi dengan roda aloi 17-inci dengan bahan gentian karbon yang disertakan dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa bersaiz 120/70 pada bahagian hadapan dan 200/60 pada bahagian belakang . Secara keseluruhan, berat tanpa cecair motosikal ini ialah 173kg. 

Motosikal ini difahamkan boleh didapati bermula pada Mac 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here