Mercedes-AMG G63 6×6 tahun 2014 RM7 juta dijual di Amerika Syarikat

2101

Mercedes-AMG G63 6×6 telah dikeluarkan pada tahun 2014 dan kesemua 100 unit yang dikeluarkan habis dijual.

Jentera ini dijual di laman sesawang jualan ebay di Amerika Syarikat dengan harga RM7 juta ($1.69 juta).



Model G63 ini hadir dengan enam tayar, enam gandar dan pelbagai keistimewaan untuk off-road.

Jentera ini hanya pernah dimiliki oleh seorang pemilik dan hanya digunakan sejauh 6,110 kilometer (km).

Yang paling menarik, ia masih dilengkapi dengan semua ciri asal yang sepatutnya ada pada Mercedes-AMG G63 6×6 sewaktu ia mula-mula dikeluarkan.

Sama seperti jentera “gergasi” AMG-G63 6×6 yang lain, ia dilengkapi dengan enjin V8 turbo berkembar 5.5liter yang mampu menyumbangkan 544hp.

Jentera mewah 6×6 ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan off -road namun begitu ia masih tidak dapat digunakan dengan baik pada permukaan bersalji.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here