Akhirnya diintai! Porsche 911 GT3 serba baharu didedah depan dan belakang

2126

Beberapa media di Eropah telah dijemput Porsche untuk pemanduan shot gun (duduk di sebelah pemandu) menaiki 911 GT3 serba baharu. Unit itu masih mempunyai pelekat samaran di beberapa kawasan penting.

Tetapi selindung itu kemudiannya berakhir dalam satu video di Top Gear apabila ketua jabatan Porsche GT, Andreas Preuninger membenarkan Chris Harris mengintai sebahagian depan dan belakang GT3 itu.



Bukan sahaja kita dapat melihat rupa sebenar bampar depan dan belakang, tetapi juga ruang udara depan dan spoiler juga jelas terdedah. Warna biru yang seksi ini dikatakan bakal menjadi warna pelancaran 911 GT3 2021 itu.

Jika anda tidak berapa gemar dengan spoiler besar gedabak dengan imej perlumbaan pada GT3 ini, jangan risau kerana Porsche akan sekali lagi menawarkan varian Touring tanpa spoiler tidak lama kemudian.

Enjin masih sama iaitu 4.0-liter naturally-aspirated, tapi seperti biasa, semua akan meningkat dari sebelumnya. Kuasa akan menjadi 510hp, 10hp lebih dari GT3 sekarang.

Berita paling menggembirakan ialah Porsche akan menawarkan kedua-dua pilihan transmisi untuk GT3 ini, iaitu manual 6-kelajuan (Alhamdulillah!) dan PDK dwi-klac 7-kelajuan. GT3 sedia ada hanya mendapat transmisi PDK.

Mengapa? Kerana Preuninger sendiri seorang penggemar transmisi manual. Terima kasih Andreas Preuninger!

Ciri lain pada GT3 2021 adalah brek komposit seramik lebih besar, enjin dengan 469Nm tork, dan kemampuan pecutan ke 96km/j kira-kira 3.5 saat.

Sumber imej: Motor1.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here