JPJ Pulau Pinang buat penguatkuasaan khas kepada motosikal guna ekzos ‘custom’

2265
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas ke atas motosikal yang memasang ekzos yang telah diubahsuai tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
 
penguatkuasaan khas ekzos
Ekzos motosikal ini menyebabkan gangguan dan bunyi bising kepada pengguna jalanraya yang lain serta penduduk setempat.
 
Penguatkuasaan yang dibuat ialah di bawah Kaedah 103 MV (C&U) 1959, dimana ia diadakan berdasarkan aduan awam dan maklumbalas warganet di Facebook JPJ Pulau Pinang.
Penunggang dan pemilik motosikal dinasihatkan supaya patuh peraturan dan undang-undang, semasa memandu serta mengamalkan pemanduan secara berhemah bagi mengelak kemalangan serta peningkatan statistik kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here