Perpindahan pelumba MotoGP semakin giat dilakukan menjelang akhir musim MotoGP 2020 baru-baru ini. Pada siri penutupan MotoGP 2020 iaitu Grand Prix Portugal, masih ada satu pasukan yang belum menetapkan pelumba mereka iaitu Aprilia.
Pelumba pasukan Aprilia, Andrea Iannone, yang terlibat dalam kes doping digantung untuk menyertai perlumbaan selama empat tahun. Oleh itu, pasukan Aprilia terpaksa menggantikan Iannone dan beberapa pelumba telah dikaitkan untuk menyertai mereka pada MotoGP 2021.
Antaranya ialah Andrea Dovizioso, Johann Zarco, Marco Bezzecchi, dan Joe Roberts. Namun, kesemua nama tersebut menolak untuk menyertai mereka sehingga Aprilia terpaksa mempertimbangkan untuk memilih dua pelumba iaitu Bradley Smith dan Lorenzo Savadori.
Pada akhir November lalu, Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) mengeluarkan barisan pelumba dari semua kelas untuk musim 2021, dan pada kelas MotoGP, nama Lorenzo Savadori sudah tersenarai sebagai pelumba Aprilia.
Sementara itu, terdapat beberapa nama pelumba lain yang telah menukar pasukan, seperti pertukaran tempat antara Valentino Rossi dan Fabio Quartararo. Terdapat juga pelumba Moto2 yang naik kelas ke MotoGP, seperti Luca Marini, Jorge Martin, dan Enea Bastianini.
Berikut senarai lengkap pelumba MotoGP pada tahun 2021:
Repsol Honda
1. Marc Marquez
2. Pol Espargaro
Monster Energy Yamaha MotoGP
1. Maverick Vinales
2. Fabio Quartararo
Ducati
1. Jack Miller
2. Francesco Bagnaia
Suzuki Esctar
1. Alex Rins
2. Joan Mir
Red Bull KTM Factory Racing
1. Brad Binder
2. Miguel Oliveira
Aprilia Racing Team Gresini
1. Aleix Espargaro
2. Lorenzo Savadori
Petronas Yamaha SRT
1. Franco Morbidelli
2. Valentino Rossi
LCR Honda
1. Alex Marquez
2. Takaaki Nakagami
Pramac Racing
1. Johann Zarco
2. Jorge Martin
Red Bull KTM Tech3
1. Danilo Petruci
2. Iker Lecuona
Esponsorama Racing
1. Enea Bastianini
2. Luca Marini
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar