Proton X70 tawar prestasi yang terbaik dan dijual bermula RM99,800

2072

Kereta Utilti Sukan jenama PROTON, Proton X70 kini dikuasakan dengan gabungan enjin dan kotak gear yang baharu bagi jenama kenderaan nasional tempatan.

Ia ditawarkan dengan empat varian yang  akan dikuasakan oleh enjin Turbocharged 1.8 liter, Gasolin Direct Injection (TGDI) dengan menyalurkan 184PS pada 5,500rpm dan tork 285Nm antara 1,700 sehingga 4,400 rpm.

Ia memberikan yang kelancaran serta kecekapan dan sudah dibuktikan melalui status kenderaan cekap tenaga (EEV) yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).



Proton X70
Proton X70

Pemanduan dari enjin yang diserasikan bersama kotak gear 6-kelajuan automatik (6AT) dengan mod pemacu boleh alih kepada manual.

Pada masa sama, pemandu boleh memilih dari Normal, Eco dan Sport. Ia boleh disesuaikan gaya pemanduan masing-masing dan mengikut keadaan jalan raya.

Menariknya, pemilihan mod itu akan membuatkan meter kelajuan LCD bertukar warna dan memaparkan maklumat berkaitan.

Dinamik pemanduan Proton X70 juga dibangunkan oleh HORIBA MIRA terletak di United Kingdom.

Syarikat itu menyeimbangkan keperluan untuk pengalaman memandu yang dinamik dengan pengendalian yang selamat. Ia juga terjamin dan perjalanan selesa dengan tahap kedapan bunyi dipertingkat.

Sistem Pacuan Semua Roda (AWD), yang ditawarkan pada varian Eksekutif AWD, turut dibangunkan oleh Borg Warner. Ia menjamin keselamatan yang ditambah baik dan pengendalian dalam keadaan jalan tidak elok.

Harga Proton X70 mengikut varian atas jalan tidak termasuk insurans:

  • 1.8 TGDi Premium 2WD: RM123,800
  • 1.8 TGDi Executive AWD: RM155,800
  • 1.8 TGDi Executive 2WD: RM109,800
  • 1.8 TGDi Standard 2WD: RM99,800

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here