Ducati Superleggera V4 pertama tiba di Malaysia, 500 unit seluruh dunia, RM888k sahaja

4290

Ducati Malaysia telah mempersembahkan Superleggera V4 di Malaysia yang merupakan jentera produksi Ducati paling berkuasa dan paling canggih pernah dihasilkan.

Dalam acara yang sama, Ducati Superleggera V4 itu diserahkan kepada pemilik pertama superbike itu di Malaysia, iaitu Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin.



Beliau juga menjadi satu-satunya pemilik Superleggera V4 di negara ini, dan hanya 500 unit jentera berkuasa ini dikeluarkan di seluruh dunia. Harganya? RM888,000!!

Untuk makluman, Datuk Nazir turut memiliki Ducati Panigale V4 R, 1199 Panigale V4 S dan seorang peminat tegar motosikal.

Superleggera dalam bahasa Itali bermakud “super light” atau sangat ringan. Sudah tentu nama ini diterjemahkan dari konsep dan resepi motosikal ini yang menggunakan bahan-bahan ringan dari dunia perlumbaan.

Antaranya adalah casis untuk rangka, subframe, swing arm dan rim yang semuanya diperbuat dari bahan komposit. Kesemua ini mengurangkan beratnya sebanyak 6.7kg. Bahan komposit dari dunia aeroangkasa ini juga telah diuji dalam pelbagai situasi yang ketat.

Dengan pelbagai penggunaan bahan gentian karbon, titanium dan aluminium, Superleggera V4 mempunyai berat cuma 159kg, iaitu 16kg lebih ringan dari Panigale V4.

Ducati Superleggera V4 mempunyai kuasa 224hp pada 15,250rpm dan 118Nm tork pada 11,750rpm, dan dengan berat yang ringan itu, memberikan Superleggera V4 nisbah-kepada-berat 1.41hp/kg, paling tinggi dalam kelasnya.

Hendak lebih prestasi? Pilih kit Racing dan ini akan menambah kuasa kepada 234hp pada 15,500rpm dan 120Nm tork pada 11,750rpm.

Pengurangan berat turut diperolehi dari penggunaan suspensi ringan Ohlins yang menggunakan spring titanium.

Pemilik Ducati Superleggera V4 akan mendapat nombor ID unik kepada motosikal mereka yang dicetak pada VIN, rangka, fork dan kunci.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here