Seorang warga emas yang memandu sebuah Proton Saga merempuh empat gerai pasar pagi di Simpang Pelangai, Manchis, semalam. Kejadian difahamkan berlaku akibat pemandu tersebut tertekan pedal minyak.
Dalam kejadian jam 1:11 petang itu, pemandu, Jamal Md Aleh, 75, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, semasa hendak keluar dari tempat letak kereta, pemandu tertekan pedal minyak lalu merempuh empat gerai terbabit.
“Kereta itu merempuh empat gerai jualan yang sedang menjalankan perniagaan makanan dan barang kegunaan harian di Tapak Pasar Pagi Simpang Pelangai,“ katanya.
Beliau berkata, enam orang yang berada di gerai ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali seorang cedera ringan di siku kanan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar