Pas perjalanan My30 diperkenalkan di Pulau Pinang dan Kuantan bermula 1 Januari 2021

2314

Bermula pada 1 januari 2021, pakej My30 yang merupakan pas perjalanan tanpa had bernilai RM30 akan diperkenalkan untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Pas perjalanan My30

Menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Penang akan menggunakan Pas Mutiara My30 untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang Prai.



Pas ini tidak meliputi perjalanan menggunakan feri Pulau Pinang, yang tidak akan dikendalikan lagi oleh Prasarana mulai 1 Januari ini.

Rapid Kuantan pula akan menggunakan Pas Lestari My30 untuk perkhidmatan bas yang meliputi bandar Kuantan, Pekan dan kawasan sekitarnya.

Pas ini dikhaskan kepada warganegara Malaysia yang membolehkan pengguna menggunakannya berulang kali pada satu hari dengan hanya berbelanja RM30 sebulan.

Pembelian kali pertama akan dikenakan bayaran sebanyak RM40 iaitu bayaran RM5 untuk pendaftaran serta RM5 untuk harga kad berkenaan.

Tambah Prasarana, pengguna hanya perlu membayar RM30 saja untuk pembelian semula langganan seterusnya.

“Kami berharap lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan bas ini di samping membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk urusan pengangkutan harian, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here