Porsche Cayenne capai unit pengeluaran yang ke-1,000,000

1964

Porsche baru-baru ini mengumumkan bahawa pengeluaran untuk model Cayenne telah mencapai unit yang ke-1,000,000 (satu juta). 

Porsche Cayenne

Dipadankan dengan warna Carmine Red, unit ini dihasilkan di kilang Volkswagen Group di Bratislava, Slovakia, dan akan dihantar kepada pelanggan Porsche di Jerman.



Untuk makluman, Cayenne pertama kali diperkenalkan pada 18 tahun lalu, iaitu pada 2002 di Paris Motor Show dan ia terus menjadi model terlaris Porsche di seluruh dunia.

Penghasilan generasi pertama Cayenne bermula pada 2003 hingga 2010, manakala genarasi kedua pula bermula pada 2011 hingga 2017. Porsche Cayenne kini berada pada generasi ketiga, dimana generasi ini bermula pada 2018 hingga kini.

Menurut Porsche, sejak Cayenne diperkenalkan, model ini telah ‘membantu menarik syarikat keluar dari krisis’ yang dihadapi. Unit Cayenne yang ke 250,000 dihasilkan pada tahun 2009.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here