Mercedes GLA 2021 kini di Malaysia – Varian GLA200 dan GLA250, harga bermula RM244k

2844

Satu lagi SUV kompak premium telah hadir di Malaysia, iaitu GLA 2021 serba baharu dilancarkan oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini.

Sama seperti A-Class, Mercedes GLA generasi H247 ini ditawarkan dalam dua varian iaitu GLA200 Progressive Line dan GLA250 AMG Line.



Harga adalah seperti berikut:

GLA200 Progressive Line: RM244,200
GLA 250 AMG Line: RM285,337

Untuk pengetahuan, harga tersebut adalah dengan pengecualian cukai jualan dan SST, yang hanya akan sah sehingga 31 Disember 2020. Jika anda menempah GLA ini bermula tahun depan, harga GLA200 dan GLA250 masing-masing akan menjadi RM252,888 dan RM295,888.

Semua Mercedes GLA 2021 akan mendapat jaminan empat tahun tanpa had perbatuan.

Kini, kepada spesifikasi dan perbezaan. Juga seperti A-Class, Mercedes GLA mempunyai dua pakej powertrain bergantung kepada varian.

GLA200 dikuasakan enjin 1.33-liter M282 dari Renault, unit empat-silinder turbo yang mampu memberikan 163hp dan 250Nm tork. Enjin digandingkan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan, cukup untuk memberi pecutan 0-100 dalam 8.7 saat dan kelajuan maksima 210km/j.

Sementara itu, GLA250 dipacu oleh enjin Mercedes sendiri iaitu M260 2.0-liter empat-silinder turbo. Enjin ini menjana 224hp dan 350Nm tork, dan untuk transmisi pula ia menggunakan unit dwi-klac 8-kelajuan.

GLA250 mampu memecut dari pegun ke 100km/j lebih cepat, dalam 6.9 saat, dan mempunyai kelajuan maksima 240km/j. Kedua-dua model merupakan pacuan roda-depan sahaja.

Walaupun mempunyai persamaan dari segi pakej powertrain dengan A-Class, untuk suspensi pula kedua-dua varian GLA mendapat jenis independent iaitu multi-link di belakang. A-Class hanya mendapat independent untuk A250, manakala A200 menggunakan torsion beam.

Dari segi penggayaan pula, GLA kali ini memang masih nampak rugged. Kedua-dua varian dilengkapi lampu LED, cuma gaya keseluruhan GLA250 lebih agresif dan sporti disebabkan kit AMG Line padanya. GLA200 menggunakan rim 18-inci, sementara GLA250 mendapat 19-inci.

Bahagian dalam GLA dibina serupa dengan MPV B-Class, menggunakan rekaan papan pemuka yang sama. Ia juga mendapat Mercedes-Benz User Experience (MBUX) seperti model-model terkini lain yang turut menyokong arahan suara “Hey Mercedes” untuk beberapa fungsi.

Kedua-dua GLA200 dan GLA250 dilengkapi tempat duduk dengan pelarasan berkuasa dan memori, dibaluti kulit Artico (GLA200). Untuk GLA250 pula, ia mendapat roda stereng flat-bottom, kemasan brushed aluminium, tempat duduk Artico/Dinamica serta paddle-shifters.

Kelengkapan standard lain termasuklah keyless entry, butang push start, sistem bantuan parkir, kamera undur, pintu but berkuasa, dan – untuk GLA250 sahaja – lampu ambien 64-warna.

Ciri keselamatan pula terdiri dari Autonomous Emergency Braking, Door Opening Warning dan Pre-Safe. GLA50 menerima penambahan Blind Spot Monitoring.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here