Ini BMW M850i versi polis oleh AC Schnitzer dengan 612hp dan 840Nm

2653

Dengan pandemik yang melanda dunia sekarang, acara-acara besar telah dibatalkan atau ditangguhkan. Essen Motor Show contohnya telah ditunda ke November 2021, ianya acara menyerupai SEMA.

Namun AC Schnitzer tetap aktif menala kereta-kereta BMW. Hasil kerja terkini mereka ialah ‘kereta polis’ yang menjadi tradisi tahunan mereka, ia sebahagian dari kempen “Tune It! Safe!”.



Untuk tahun 2020 ini, AC Schnitzer memperkenalkan kereta polis terkini yang diasaskan dari BMW 8-Series Coupe dengan varian M850i.

Modifikasi untuk menjadikannya sebuah kereta polis bermula dengan livery Foliatec sepenuhnya pada badan, dilengkapi dengan lampu biru pada bumbung dan bampar. Malah ia juga mendapat sistem radio polis di dalamnya.

AC Schnitzer telah merendahkan lagi M850i ini dengan menyumbat sistem suspensi aftermarket, spring baharu dan rim 21-inci berwarna matte anthracite (hitam legap).

Panel-panel badan lain ditukar dengan komponen gentian karbon, selain beberapa aksesori aluminium untuk pedal kaki, pemijak kaki, paddle-shifters dan di keliling unit infotainmen.

Ubahsuai pastinya tidak akan lengkap tanpa sebarang kenaikan prestasi sebenar. Jadi AC Schnitzer telah ‘mengusik’ enjin 4.4-liter turbo V8 ini.

Asalnya ia ‘hanya’ menghasilkan 523hp, tetapi kini menjana 612hp iaitu hampir menyamai output enjin M8 Competition. Tork juga bertambah, dari 750Nm kepada 840Nm.

AC Schnitzer tidak mendedahkan berapa laju M850i ini dengan semua talaan diberikan, tetapi M8 Competition ‘stok kilang’ mampu memecut mencapai 96km/j dalam 3 saat dan mempunyai kelajuan maksima 305km/j.

Walaubagaimanapun ini hanyalah show car sahaja dari AC Schnitzer, bukanlah kereta polis sebenar yang digunakan oleh pihak berkuasa Jerman. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here