Asalnya mencari Nissan GT-R, tetapi akhirnya beli Toyota Vios!

4725

Seorang pembaca di portal Wapcar.my menulis di segmen Owner Review berkenaan Toyota Vios 2015 miliknya. Dia telah menulis sedikit latar belakang proses pembelian Toyota Vios itu serta tanggapannya sebagai seorang pemilik.

Apa yang melucukan, tajuk asal artikel itu ialah “I have considered the Nissan GT-R but ended up getting this car – My 2015 Toyota Vios”. Ini diterjemahkan sebagai “Saya asalnya berkira-kira untuk mendapatkan Nissan GT-R, tetapi akhirnya membeli kereta ini – Toyota Vios 2015”.



Hal ini dimuatnaik oleh Aiman Shazlan Suhaimi melalui satu video di akaun Facebook beliau. Dalam video itu, Aiman turut memaparkan bahawa pembaca yang bernama Brandon Eng itu menerangkan bajet awalnya sekitar RM95,000.

Video itu memerli kenyataan itu kerana harga itu jauh sekali dari harga pasaran Nissan GT-R R35. Harga pasaran Godzilla itu masih lagi melebihi RM200,000.

Video diteruskan dengan penulisan Brandon mengenai pemilikan Toyota Vios setakat ini, dia nampaknya sangat berpuas hati dengan pilihannya.

Banyak perkara positif mengenai Vios yang disenaraikan, dan tidak lupa juga perkara negatif, iaitu “Not fully bodykit” atau ‘tidak dilengkapi kit badan penuh’.

Mungkin bodykit bukan perkara penting bagi sesetengah orang, tetapi bagi Brandon ia nampak seperti perkara penting…

Tetapi dengan bajet RM95,000 itu dapatkah dia beli R35 full body kit? Tidak juga. Kos menukar tayar dan servis major GT-R pun mampu capai separuh dari bajetnya.

Video turut memaparkan beberapa klip dan gambar Brandon dengan Vios miliknya, melakukan beberapa ‘aksi’.

Pada kami sebenarnya itu hak anda untuk buat apa sahaja dengan kereta yang anda beli dengan wang anda sendiri. Cuma kenyataan “tak jadi beli GT-R atau Mustang atau Lamborghini” tetapi akhirnya beli kereta biasa seperti orang lain pasti mengundang kecaman.

Artikel asal yang ditulis Brandon telah ditukar tajuknya kepada “Enjoying the car so much – My 2015 Toyota Vios”.

Anda boleh baca artikel itu di sini.

Sementara itu, video di Facebook Aiman itu boleh anda tonton di bawah ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here