Toyota GR Yaris dilancar! Hot hatch 3-silinder dengan 257hp, manual 6-kelajuan, RM299k, terhad 200 unit untuk Malaysia

2410

Penantian sudah berakhir, salah satu jentera paling mengujakan tahun ini untuk seluruh dunia. Ya, Toyota GR Yaris kini tiba di Malaysia.

Seperti dalam ura-ura sebelum ini, memang benar harganya sedikit keras. GR Yaris boleh menjadi milik anda dengan harga RM299,000 (tanpa insurans dan cukai jalan).Tetapi sekurang-kurangnya, pada harga itu, semua GR Yaris di Malaysia ditawarkan dengan Performance Pack Edition sebagai standard.



Performance Pack Edition ini memberikan suspensi lebih kukuh, LSD (limted-slip differential), rim aloi BBS diperkukuh dan tayar Michelin Pilot Sport 4S. Lazat!

GR Yaris ditawarkan dalam tiga warna istimewa: Platinum White Pearl, Emotional Red 2 dan Precious Black.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd turut menawarkan Pakej Pembeli Terawal bernilai RM5,000. Dengan ini, pemilik GR Yaris menerima beg topi keledar eksklusif, model skala GR Yaris dan mengikuti aktiviti Pengalaman Memandu GR Yaris 2021.

GR Yaris menggunakan platform GA-B terkini (daripada generasi terbaru Yaris hatchback) dan bahagian belakang yang diadaptasi daripada platform GAC (digunakan untuk Corolla dan C- HR).

Ia juga model pertama yang dibina di kilang khas GR di Motomachi, Jepun—fasiliti sama turut bertanggungjawab mengeluarkan supercar Lexus LFA.

Jentera rali sebenar untuk jalanraya

Rupa GR Yaris ini sangat agresif dengan rongga-rongga udara untuk penyejukan. Radiator besar di tengah, dan bukaan udara di kedua-dua sisi depan untuk penyejukan brek.

Bahagian bumbungnya menurun ke belakang, dan diakhiri dengan spoiler untuk memberikan downforce diperlukan. Terdapat juga lencana-lencana khas GR di bampar depan, fender dan pintu but belakang.

Di bawah hud GR Yaris terletaknya satu enjin istimewa. Unit 1.6-liter 3-silinder DOHC dengan intercooler turbo ini menjana 261PS (257hp) dan 360Nm tork. Ia merupakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia.

Transmisi ialah manual 6-kelajuan dengan fungsi rev-matching dan sama seperti jentera WRC, ia menggunakan pacuan semua-roda GR-Four. Terdapat juga LSD Torsen di kedua-dua gandar.

Sistem pacuan GR-Four ini menawarkan tiga mod iaitu Normal, Sport dan Track yang akan memberikan agihan kuasa berbeza untuk gandar depan-belakang secara elektronik.

Badan ringan untuk kelincahan

Bagi memberikan anda sensasi pemanduan jentera WRC, Toyota GR Yaris dibina dari bahan-bahan ringan seperti gentian karbon, carbon-sheet moulding compound, keluli dan aluminium.

Untuk Performance Pack, sistem suspensi dinaiktaraf dengan geometri lebih agresif, spring lebih keras dan bar anti-oleng lebih tebal.

Brek pula terdiri dari cakera 356mm di depan dengan angkup aluminium GR 4-piston, dan 297mm di belakang dengan 2-piston.

Oh ya, brek parkirnya masih mekanikal, jadi anda boleh lakukan powerslide dengan mudah seperti pemandu rali!

Kabin inspirasi perlumbaan rali

Dari luar hinggalah dalam, segalanya berkenaan GR Yaris mengambil inspirasi dunia WRC. Ia mendapat tempat duduk sports ringan, balutan kulit hitam dengan jahitan merah, stereng sports GR khas, dan pedal aluminium yang disusun khas untuk pemanduan sporti dan heel-and-toe.

Ciri keselamatan pula tidak dilupakan. Toyota GR Yaris mendapat ciri keselamatan aktif seperti Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TRC), serta pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense (TSS). Vehicle Telematics System juga ada sebagai aksesori pilihan.

GR Yaris mempunyai jaminan selama lima-tahun daripada tarikh pertama pendaftaran, tanpa had perbatuan (tertakluk terma dan syarat).

Toyota GR Yaris boleh didapati di semua cawangan GR Garage. Untuk maklumat lanjut mengenai GR Yaris sila lawati laman web www.toyota.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here