Honda CBR250RR kini di Malaysia, 40hp dan 25Nm tork, RM26k

3528

Sebagai penutup tirai tahun 2020, Boon Siew Honda Malaysia telah memperkenalkan model baharu yang dinanti-nanti, iaitu Honda CBR250RR.

 Honda CBR250RR

Sport bike ini dilengkapi dengan enjin 250cc serba baharu yang mampu menghasilkan kuasa, tork dan kelajuan maksimum untuk tunggangan di laluan bandar dan di dalam litar.



Enjin 8-injap DOHC silinder berkembar ini mampu menghasilkan sehingga 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm tork pada 11,000rpm, menjadikannya paling berkuasa di dalam kelas supersport 250cc.

Hasil sisa pembakaran enjin ini akan disalurkan pada Dual Exhaust System, yang akan menghasilkan bunyi yang lebih sporti.

 Honda CBR250RR

Antara ciri standard yang disertakan pada CBR250RR ialah teknologi Quick Shifter, tiga mod tunggangan, sistem Throttle by Wire, klac Assist/Slipper, dan sistem brek ABS.

Untuk penampilan, Honda CBR250RR menampilkan lampu hadapan berkembar dua lapisan LED yang memerikan rupa yang agresif, ditambah dengan  paparan speedometer digital penuh.

 Honda CBR250RR

Model baharu ini menawarkan sistem suspensi jenis fork teleskopik terbalik pada bahagian hadapan dan lengan ayun yang disertakan bersama penyerap hentak tunggal dengan lima tetapan boleh laras dan Pro-Link System pada bahagian belakang.

Secara keseluruhan, motosikal ini mempunyai berat sekitar 168kg, dan ketinggian tempat duduk 790mm.

 Honda CBR250RR

Honda CBR250RR ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic. Setiap unit motosikal ini akan mula dijual pada RM25,999 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Bagi mereka yang berminat, Honda CBR250RR ini boleh didapati di Honda BigWing, serta pengedar Impian X dan Impian yang berdekatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here