Dua beranak selamatkan pemandu hanyut bersama Perodua Myvi

1596

Seorang pemandu Perodua Myvi berjaya diselamatkan oleh dua beranak, apabila Myvi yang dipandunya dihanyutkan air di Kampung Batu 10, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman.

myvi hanyut

Dalam insiden kira-kira jam 12.50 tengah semalam, Ausdi Muhamed, 53, bersama anak, Amir Syafiq, 28, menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yang memaklumkan ada sebuah kereta dihanyutkan air di kawasan berkenaan.



Ausdi dan Amir kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang terletak satu kilometer dari rumah mereka dengan menaiki traktor dan membawa sebuah bot.

“Dari jauh memang nampak ada sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih terapung-apung. Saya dan anak menaiki bot untuk sampai ke kereta itu. Pada mulanya, kami bercadang hendak memecahkan cermin untuk menyelamatkan pemandu lelaki itu, kata Ausdi.

“Namun, cubaan membuka pintu kereta akhirnya berjaya dan beliau menaiki bot kami untuk dibawa ke bahu jalan, tambahnya.

myvi hanyut

Pemandu tersebut difahamkan sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Kemaman, Chukai.

Perodua Myvi tersebut kemudian terpaksa ditarik dengan menggunakan khidmat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah, Perodua Myvi dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba dibawa arus ke sebelah kiri bahu jalan dan hanyut ke dalam semak, menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta akibat terkunci selama 15 minit.

Mangsa difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Balai Polis Chukai untuk membuat laporan kemalangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here