Seramai 40 penunggang motosikal dari Melaka dan Negeri Sembilan telah berjaya mendapat sijil penghargaan setelah menyertai program “Southern Tour” anjuran GIVI Asia. Program berkonsep mendidik serta pendedahan mengenai penugasan Marshall telah diadakan di Melaka baru-baru ini.

Program yang mampu meningkatkan kesedaran disamping mendidik terutama penunggang muda dilhamkan oleh GIVI jelas berjaya menarik lebih ramai peserta untuk menyertainya.

Pandemik Covid-19 bukanlah halangan bagi pihak GIVI dalam merealisasikan apa yang dirancang sekian lama. Segala SOP dipatuhi, malah setiap peserta dan juga tenaga pembimbing diwajibkan menjalani saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu badan.



Samir Sharman, memberi penerangan kepada peserta

Menurut Samir Sharman, Pengurus Pemasaran GIVI Asia, bumi Hang Tuah merupakan destinasi pertama dalam siri penjelajahan GIVI ke selatan Semenanjung. Program yang mendapat sambutan mengalakkan akan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Johor.

Kerjasama GIVI dan Motowazi bermula September dan Oktober lalu menampakkan hasil yang lumayan. Peserta yang berpeluang menghadiri program tersebut memuji hasil usaha GIVI dimana impak pada mereka amat besar. Apatah lagi kepada yang masih baru dalam dunia permotoran.

Mendidik, itu fokus utama GIVI mengadakan program. Peserta didedahkan dengan teknik-teknik keselamatan yang sebenar semasa melakukan penugasan Marshall. Undang-undang keselamatan Marshall seperti kedudukan dan komunikasi turut dititkberatkan dalam program tersebut.

Wakil Polis DIRaja Malaysia (PDRM) antara pembimbing yang terlibat menjayakan program “Southern Tour.” Peserta yang hadir terdiri dari pelbagai jenis dan kuasa motosikal.

Program penganjuran GIVI Asia merupakan satu langkah meningkatkan kesedaran disamping memberi pencerahan tentang aspek-aspek keselamatan diatas jalanraya apabila menunggang berkumpulan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here