Singapore Airlines jalani ujian pengesahan digital Covid-19 di laluan KL dan Jakarta

1052

Percubaan membabitkan proses pengesahan kesihatan digital yang menawarkan pelanggan keupayaan untuk menyimpan dan menyerahkan maklumat berkaitan ujian Covid-19 telah dimulakan oleh pihak Singapore Airlines (SIA).

Singapore Airlines

Bermula semalam, perkhidmatan tersebut merangkumi status vaksinasi pelanggan mereka pada masa akan datang dan akan disediakan pada pelanggan yang melakukan penerbangan SIA dari Kuala Lumpur atau Jakarta ke Singapura.



“Kami menawarkan penyelesaian digital yang membolehkan pengesahan maklumat ini dipermudahkan serta terjamin, dan menyokong pemulihan industri daripada pandemik agar menjadi lebih selamat,” kata Pemangku Naib Presiden Kanan Perancangan Pemasaran Singapore Airlines, JoAnn Tan.

Untuk Malaysia, SIA menyenaraikan 46 klinik di seluruh negara yang kini mengeluarkan sijil kesihatan yang boleh disahkan secara digital.

Singapore Airlines

Pelanggan yang mengambil ujian Covid-19 di klinik terpilih, akan diberikan sijil kesihatan digital atau sijil kertas dengan kod QR.

Kakitangan daftar masuk lapangan terbang dan pihak berkuasa imigresen Singapura akan dapat mengesahkan ketulenan sijil ini melalui aplikasi mudah alih yang selamat serta memastikan pelanggan berkenaan memenuhi syarat kemasukan ke Singapura.

Syarikat penerbangan itu berkata, selain sijil digital pelanggan juga boleh membawa sijil kertas bagi pengesahan manual.

Singapore Airlines

Ini adalah kaedah yang paling cepat dan selamat untuk mengesahkan kelayakan kesihatan penumpang daripada protokol sedia ada, mempercepatkan proses daftar masuk ke lapangan terbang serta proses pendaftaran imigresen ke Singapura.

Tambah SIA, ini akan memudahkan pelanggan mengawal maklumat mereka, melicinkan perjalanan dan menghasilkan pengalaman yang lebih lancar dengan bantuan teknologi digital dalam normal baharu.

Jika berjaya, kemudahan ini akan diperluaskan ke bandar-bandar lain dalam rangkaian laluan SIA.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here